Tuesday, October 22, 2013

Bila ada anak, orang suka compare anak kita dgn anak dia kan?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Again. Bercakap pasal anak. Seronok sebenarnya ada anak ni. Actually bukan la nak menunjuk anak ke. Takde niat apa2x untuk bercerita pasal anak. Ok. Ceritanya begini...

Dulu masa saya single la kononnya, saya seorang yang so-so la, nak kata suka budak pun takde la suka gila-gila. Certain budak je yang boleh buat saya 'gila'. Bila saya tengok orang asyik duk post kat FB pasal anak la, video anak la ape la, saya terkadang rasa "rimas" jugak. Pernah terdetik ayat "macam dia sorang ada anak". Jahat kan saya? Yes. Saya tahu mesti akan ada mulut macam saya jugak. Bukan apa, bila bukak FB, asyik TL penuh dengan gambar sama, what-so-ever.

Until the point.......

Where I have been given a cute little daughter....


Now I realize.. Kuasa seorang anak. Sungguh ajaib. Baru saya dapat rasa apa para-para ibu sekalian rasa. Kalau boleh setiap masa nak ambil gambar anak. Nak post gambar anak. Instagram saya tu saya rasa dah berapa row takde gambar saya and husband. Jangan la korang rasa annoyed dengan mana -mana ibu yang busy posting bout her son/daughter sebab memang lumrah ibu macam tu. Tambah ibu yang memang meletakkan anak ditangga teratas carta hidup dia. Ada je ibu-ibu yang "takde masa" nak upload bagai. My daughter has tremendously changed my world.

Bila ada anak ni dugaan lain pulak. Nanti bila anak korang kuat nangis je, anak korang refuse itu refuse ini, ada la suara2x mengajar kita itu ini. Mengajar tu takpe lagi. Tapi nanti mesti ada suara yang meng"compare" anak korang ngan anak diorang. Ini satu situasi yang sangat tak BAGUS! Alhamdulillah la nasib saya dapat Fakhira yang baik. (bukan berniat untuk up anak sendiri ok. Jangan salah faham. Nauzubillah). Sebab saya dah lalui bila mana orang compare anak saya dengan anak biras saya. Eventhough anak saya tak kuat ragam macam cousin dia, saya tetap tak suka orang compare. Apa perasaan biras saya, ape perasaan orang lain. Nanti kang orang menyampah dengan saya walhalnya saya tak pernah up anak sendiri pun. Bila ada kawan-kawan ada masalah, bila ada kawan-kawan perlukan sokongan, dorongan, bila ada bakal-bakal ibu yang bakal melahirkan, saya rasa saya tak lokek bagi tips untuk diorang. Samada diorang nak praktik atau tak, terpulang. Itu saya (ni pun bukan nak up diri sendiri).

Tapi MEMANG PASTI, lepas korang ada anak, korang akan rasa menyampah bila orang duk compare2x. Bila orang tanya saya, "Fakhira okay tak?", "Fakhira kuat nangis tak?" "Fakhira nak tak minum botol?". Tell you the true story. Fakhira saya boleh kategori anak yang baik sebab dia bukan jenis baby yang kuat menangis. Dia mudah untuk saya dan suami jaga. Dia hanya akan menangis bila nak susu. Klau dia menangis pn tak kuat. Bukan saya nak up anak sendiri juga tapi bila saya bawak pergi kedai pun orang ckp slow nya dia menanngis, macam bunyi burung je. Okay. Abaikan sekejap pasal anak. Bila orang tanya saya, saya mesti akan jawab, "So far okay, dia bla2x... taktau la kedepan macam mana". Mesti ada ayat macam tu sebab saya taknak orang kata saya takbur. Saya menunjuk. Saya up anak sendiri. Sebab memang fitrah orang akan menyampah bila ibu2x ni suka up anak diorang. Hahaha.

Untuk kawan-kawan yang bakal jadi ibu tak lama lagi pun saya nasihatkan supaya kerap bersembang dengan anak bila dalam perut. Orang kata kalau kerap sembang, dia x banyak ragam. Wallahualam. Bagi dia biasa dengar suara mak ayah dia dari dalam perut lagi. InshaAllah. Sebab masa time saya dulu husband n saya kerap borak dengan anak nak2x time before tidur. Taktaula praktikal ke tak tapi boleh la try.

Pasal pakai botol, jgan cakap saya up anak saya lagi sekali sebab Fakhira pun pada MULANYA tak biasa dengan puting tommy tippee. Dengan usaha gigih suami saya, dia berjaya jugak minum. Mulanya memang luah banyak sampai suami saya kata sayang buang susu ibu. Sambil2x suap susu, cari teknik betul untuk suap, jgan bagi tersedak, kalau dia refuse, borak dengan dia elok2x. Nasihat dia elok2x. InshaAllah dia akan dengar. Itu yang kami buat. Bukan lah sumbat puting botol terus dia boleh hisap straighaway. Semua mommies akan hadapi keadaan yang sama. Samada pandai handle atau tak itu terpulang pada individu itu sendiri dan kerjasama dari anak.

Stop pointing fingers to others. Kalau korang rasa bosan dengan TL korang yang penuh dengan gambar baby tu, korang pejam mata je la. Sebabnya nanti bila korang ad anak pun korang camtu jgk. Macam haku ni haaaaa. =P







Iman Hana Fakhira berusia 2 bulan :)





Photobucket

9 comments :

nurdani

hahahaha. saya tak kisah orang nak post gambar anak. yang menjadi annoying ialah bila post fasal kehangatan percintaan sebelum kahwin. hehe.


senangnya anak tak banyak ragam. nangis pun slow je. bab banyak borak dengan baby dalam perut tu memang betul. kakak saya pun buat benda sama.

Noor Hazirah

hehe. sebab ad stgh annoyed dani. hehe. alhamdulillah senang la. ad jgk time2x dia meragam tp tak teruk la. baby.. crying is only sign of everything.

Mizz ErMa

2 bulan? baby kita sebaya lah ye..hihi tapi tu lah, betul jgk tu sbb sy pon penah jgk kena dlm bab compare2 nie..kesian dekat pihak yg lg satu tu..

Noor Hazirah

aa.. dear.. dh 2 bulan lbh... nk kenen anak ke? anak laki ke perempuan? :p

azizah :)

betul tu kalau boleh setiap masa nak post gambar anak.. anak lah segala galanya..org yg annoying tu belom rasa lagi kot..

ct cucubi

comelnya fakhira :)

Rosmiza Ali

Salam kenal hazirah.. Datang sini baca2 pasal baby.. Maklumla, orang takde anak ni memang cani.. teringin sangat nak anak, tp belum ada rezeki lagi.. So, duk la baca sana sini amik2 feel ada baby.. Seronok baca pengalaman ibu2 yang baru bersalin ni, nak2 lagi anak sulung.. Kadang2 rasa jeles pun ada.. Huhu.. Semoga dimurahkan rezeki Mieza untuk rasai sendiri pengalam berbaby macam dear.. Amin.. =)
ZON PERMAISURI CHOMEL

Nia

Salam kenal dear, nice header ;)

Bila dah ada anak ni kadang-kadang org judge kita berdasarkan perangai anak. Kalau anak tu nakal, mula la org buat spekulasi itu ini. Sebenarnya itu bahagian masing-masing yang ditetapkan Allah. Apa pun menjaga amanah Allah itu pahala ;)

Noor Hazirah

@rosmiza - InshaAllah dear.. mudah2xan Allah murahkan rezeki awak untuk mendapat baby. Dalam pada masa yang sama, dont give up trying ok :)

@Nia - Betul. Kadang org judge parent berdasarkan perangai anak. Bagi saya itu bahagian masing2x. Pelik juga orang melayu ni ye

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP