Isu penderaan kanak-kanak di Taska Permata Harapan. Pendapat saya. Bagaimana dengan pengasuh Fakhira?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Nak dijadikan cerita, semalam saya terbaca kisah bekas pengasuh di Taska Permata Harapan, Taman Melati berkenaan dia berhenti kerja after 1 month kerja kat situ. Tu pun saya terbaca sebab ada kawan share dekat FB. Sebelum ni memang tak pernah tengok video budak kena dera dengan pengasuh ni. Memang sengaja taknak tengok sebab tak sampai hati. Plus takut sebenarnya. Takut bagi persepsi macam2x dekat pengasuh.
Bila baca luahan bekas pengasuh dekat situ, saya tergerak hati utk google video penderaan ke atas kanak2x tersebut. Saya difahamkan bahawa video penuh berdurasi dekat setengah jam tapi yang saya tengok dan yang rata-rata disebarkan hanya 6 minit. Ya Allah hu rabbi... memang sedih sangat. Sebak tengok budak2x linkungan 1 tahun orang buat macam ni. Ya Allah.. ape dosa mereka..
Saya tak faham kenapa diorang sanggup perlakukan budak yang "tak cukup akal" lagi macam tu. Disuruh budak amik lampin, bila tak amik, kena pukul! Pukul kepala! Allahurabbi.. Kenapa ada manusia sekejam ni.. Ya Allah..
Ntahla nak cakap macam mana. Kalau nak kata "orang yang ada anak saje tau mcm mana rasanya".. owner taska pun ada anak.. 6 orang. So? Tak semua ibu2x yang boleh ada perasaan "sayang" dekat anak. Saya taktau nak cakap. Bila tengok video ni, tengok pada muka Fakhira tengah tidur, luluh hati saya bila saya imagine orang buat anak saya macam tu. Nauzubillah, mintak simpang malaikat 44.
As parent, saya dan suami rs anak tu satu hiburan. Penghibur bila dia senyum rasa dunia ni seakan takde masalah langsung. Bila dia ajak borak rasa macam rumah tu penuh dengan tetamu. Betapa seronoknya ada anak. Even seekor nyamuk pn kami selagi boleh usaha untuk tidak gigit Fakhira. Inikan pula kena pukul. Nauzubillah. Kenapa ada manusia macam ni dalam dunia.. Ibu bapa diorang bayar untuk bagi korang jaga anak diorang tapi korang blh bt mcm tu? Lepas tu tipu mak bapak ni kata anak nangis sebab bru lepas mandi la. anak abes minum susu la.. Pampers abes, esok bwk lebih la.. Ape semua ni Ya Allah.. Husband saya mulai meragui pengasuh kami semalam. Saya bagitau husband "perkara macam ni saya dah fikir sebelum hantar anak ke pengasuh lagi"
Tapi saya rasa saya percaya pengasuh saya. Dia berasal dari Indonesia tapi dah menetap kat Msia hampir 20thun. Anak ada 2 orang and both lahir di Msia. Anak dia pun baik. Setiap parent mesti akan ada doubt pada pengasuh and it is NORMAL! Being a mother, saya sangat teliti.. sebab saya takut.. Apa yang saya buat...
1. Saya buat kunjungan ke rumah pengasuh dulu sebelum saya hantar Fakhira di sana. Saya tengok cara diorang melayan anak orang lain dan cara reaksi anak2x pada diorang. kanak2x ni diorang tak pandai menipu. TAK PANDAI MENIPU. Kalau diorang suka, diorang akan mengekor je korang gi mana2x.. Kalau diorang tak suka.. diorang akan menangis, diorang akan takut. Tapi dengan pengasuh yang saya hantar Fakhira ni, berlainan. Budak2x memang rapat. Untuk pengetahuan umum, babysitter saya ni menjaga 4 orang budak termasuk Fakhira. Fakhira the only baby there.. and lagi 3 budak parent diorang hantar start tengahari sampai petang. Fakhira sahaja dari pagi sampai petang
2. Setiap kali saya ambil Fakhira, saya tengok reaksi Fakhira pada pengasuh, cara pelepasan Fakhira balik, reaksi anak2x orang lain yang turut berada disitu. Saya yakin mereka jaga anak saya dengan baik. Alhamdulillah, dekat sebulan saya hantar Fakhira, saya TAK PERNAH dengar Fakhira mahupun budak2x lain yang dia jaga tu menangis.
3. Untuk ibu menyusu badan macam saya, memang agk rumit sebab hari2x nk kena bt stok. Saya makin bimbang bila saya dengar macam2x cerita bila pengasuh admit tau handle EBM tapi last sekali ms parent nak ambik anak, buang EBM tu and bgtau parent yang anak abes mnum. Sigh. Takut sangat sebenarnya. Tapi I need to trust my babysitter for that. Saya yakin dengan pengasuh saya pilih kerana setiap kali saya ambil anak, saya akan tanya habis ke tak dia minum. Kdg2x habis, kadang2x tak abes. Bila tak abes mmg saya tengok balance susu saya dalam peti.. saya tengok anak saya poo secara normal atau x.. kembung atau tak. Alhamdulillah... semua ok...
4. Balik akan check ada sebarang marks or anything tak dekat badan Fakhira. Alhamdulillah. Fakhira sihat. setiap kali balik dari rumah babysitter mesti bau wangi gila.Alhamdulillah..
5. Fakhira act like normal babies. Alhamdulillah tak pernah demam. Alhamdulillah pndai senyum, perkembangan yang memberangsangkan dari Fakhira.
6. Saya percaya pampers saya pengasuh tak bagi dekat anak yang lain. Sebab anak saya je yang guna babyborn. Setiap kali balik pn memang akan ada lebih pampers yang saya hantar. Baju pulak setiap kali balik tak comot. tak hancing. dan tak berbau tahi. Alhamdulillah..
Anak itu anugerah Allah kepada setiap ibu bapa. Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang, dengan penuh penghormatan, penuh kesabaran. Sayang..ibu terpaksa kerja untuk tolong ayah.. Semoga anak ibu baik2x duduk dengan orang bila ibu tiada...
2 comments :
Kita pun baca pengakuan bekas pekerja taska tu, sedig sangat. Dah lah mendera, menipu pulak. Paling kesian dgn "anak susuan". Nak cakap owner taska ni bukan Muslim, tak tahu ilmu agama. Mustahil. Kesian dkat budak" tu.
tau xpe.. jht sgt. x jadi kat diorang lg.. kalau jadi kt diorg bru diorang tau.
Post a Comment