Ape korang rasa bila anak di compare muka mak atau ayah atau pakcik atau makcik waima nenek atau atuk diorang?
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
Biasa sangat orang tanya saya, Fakhira okay tak? Banyak ragam tak? Baik tak? Being honest anak saya tak kuat menangis. Dia okay sahaja kecuali bila nak susu. Normal la kut kan? Tapi 2..3 hari ni, boleh saya katakan dalam minggu ni Fakhira datang peel baru. Perangai ni yang buat saya penat sikit la. adakah saya dikira merungut? Saya tak berniat untuk merungut. Anak saya baik, dia cuma sekarang suka berjaga malam. I mean... bila dah ambil dari babysitter around 6pm cmtu, waktu tu la dia akan celik sampai pukul 3..4 pagi. Aiyooo sayang.. Kalau weekend boleh la sayang buat macam tu.. weekdays ni.. boleh kata hari2x ngantuk kat tempat kerja.
Fakhira akan "betul-betul" tidur dalam pukul 4pagi. Pukul 5 lbh dah kne bangun nak masak untuk bekalkan suami dan bekalkan diri sendiri pergi kerja. Mana tak ngantuk kat ofis kan? Tapi itu dugaan. Allah nak bagi pahala dekat saya. InshaAllah..Pernah 1 hari saya terlajak tidur sampai pukul 7.30 pagi. Terus bgtau boss nak mintak time off. Hahaha. Someday I'll get used to it.
Korang pernah rasa tak bila jumpa orang je.. dia cakap.. "ooo.. ikut muka ayah".. " like father like daughter". ape perasaan korang? Ada certain ibu dia terasa. As for me, saya tak terasa la. Dah anak sama2x.. ikut muka ayah ke ibu ke sama je. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Asal cukup sifat, kalau comel lagi advantage besar. Tapi bila dah "selalu" sangat orang cakap macam tu... kinda rimas jugak la kan.. Ok la lagi dari biras saya.. orang cakap anak dia sama macam muka pakcik dia. Yang ni lagi tak boleh blah! Hahaha. Kalau kes macam ni saya mungkin terasa jugak la kan.. dah penat2x melahirkan tiba2x orang kata muka tak sama dgn parent tp sama dengan uncle/aunt. HAHAHA. Tapi ade setengah mommies mmg tak boleh compare langsung. As for me, kalau nk compare dengan mak ayah takpe lagi. Tapi jangan la cakap anak kita mcm muka adik kita ke, macam muka makcik kita ke.. mungkin certain orang x boleh terima.
As for me, physically mungkin nampak ikut ayah. Tapi ada part yang tuhan jadikan benda tu cantik je. Mata bulat ikut ayah. Hidung penyet ikut ibu. Hahaha. Ada lesung pipit macam ayah. Dagu cenoit macam ibu bak kata my husband. Tangan kuku panjang macam ibu. Pipi tembam macam ibu. Mulut ikut ayah. Ada M kat bibir. Hehehe. (cuma mungkin part saya tak berapa nak nampak sangat la kan. Bila anak sepet confirm itu org kata ikut saya. Hahahaha)
So, bear in mind la with the words.. kadang2x kita rasa menda tu kecik tapi sebenarnya give huge impact to people especially yang melahirkan. Hehehe. Just my 2 cent :)
1 comments :
comelnya fakhira..hehe betul3, kalau ada org ckp baby mcm muka bapak aje, sy terasa la jgk tp kalau ada yg ckp muka bapak sikit, muka mak sikit, haa..happy la rasa..hehe
Post a Comment