Progress Fakhira 8 bulan
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,
"Kakak tak penat ke ek? Pagi2x kena buat makanan Kira, kena anta Kira, malam pergi kedai Abg Wan pulak", tanya adik saya no 3 kepada adik saya no.2. Of course penat. Being a mother memang sebenarnya memenatkan. Tapi when we, a mother, saw our daughter/son, rasa penat tu hilang. Seriously. Mungkin sekarang susah sikit nak masak dirumah since Fakhira dah macam2!
Routine work macam kemas rumah (actually just make sure everything is in order je sebab umah takla sepah pun), mop lantai, basuh pinggan n botol, asingkan susu yang lepas pam, buat buah n nasi untuk anak, basuh baju, angkat baju yang dh sidai and lipat, it is all my routine work. Tapi 1 benda yang saya x boleh masuk dalam rutin adalah memasak. Sebab I have 2 kitchen, dry and wet kitchen. Wet kitchen terlindung dari penglihatan Fakhira. Susah skit la sbb dia ni jenis nak kena tengok mak dia depan mata. Lagipun husband pun waktu kerja tak sama dengan saya so saya masak ke tak masak ke sama je
Fakhira dah menjangkau 8 bulan 2 minggu. Cepat kan masa berlalu? Biasa orang akan tanya "Apa yang dia boleh buat?". Fakhira ni die punya progress takde skip mana2x step. Bermula dengan meniarap seawal usia 2 bulan setengah, then mengengsot kebelakang. Bila dah mengengsot ke belakang, she started to mengengsot kedepan pulak, then belajar angkat punggung. After a long period baru die start merangkak. Dalam 7 bulan lebih aritu kut baru boleh merangkak. Sekejap je dalam seminggu merangkak, she wanted to stand up with the help of her surroundings.
Sekarang Fakhira mampu berdiri dan mampu untuk berdiri dengan satu tangan, 2 hari lepas dah pandai bergayut pada menda yang tinggi seperti sofa. Sebelum ni kalau dia nak bangun, dia akan paha ibu, ayah, makngah dia untuk bergantung and tahan tangan. Sekarang dia mampu untuk grab sofa yang tinggi and tahan kaki untuk bangun jugak. Bravo lah anak ibu! Sekarang dia pulak suka buat hal dia sendiri. Main2x, bangun jatuh bangun jatuh, sebut "bababababababa", merangkak sana sini sampai dapur nak main tong sampah dapur, sepahkan mainan yang ibu simpan dalam rocker. Sudahnya sebelum tidur ibu kena simpan balik semua in order.
Tapi as I said, she is my ultimate happiness. Up until now, dah 8 bulan 2 minggu ada Fakhira ni, dan selama 8 bulan 2 minggu jugakla hari2x rindu dia n tak sabar nak fetch her from babysitter. Ya Allah, terima kasih kerana kurniakan rezeki anak kepadaku. InshaAllah akan ku jaga dengan seluruh kudrat yang ada, dengan segala kasih sayang yang diberikan olehMu kepadaku.
Semoga Fakhira menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan diakhirat.
Besar dah kan?? Alhamdulillah...
P/s: 8 bulan still takde gigi. Takpelah sayang, ibu suka je sebab gerun bila dengar anak ada gigi akan gigit t***k pulak. Aiyakkkk..
1 comments :
kejap je dah besar, rasa mcm baru haritu pregnant kan :)
Post a Comment