Friday, October 2, 2015

My 3rd year anniversary

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,


There are several readers who had asked me "bila nak posting lagi?". Actually I am not into blogging nowadays. Blogwalking pun dah kurang sangat. More to blogwalking untuk baca review on certain things je rather than ikut perkembangan orang lain. But for those yang being my silent reader, thank you so much. I am glad that my knowledge sharing/ my pregnancy experiences semua tu banyak membantu readers.

Back to my reality, my latest story mestilah pasal our 3rd anniversary. Pejam celik pejam celik, kejap je rasa 3 tahun tu. Tapi bagi orang yang dah berkahwin, 3 tahun tu sebenarnya jangka masa yang sangat baru la. Orang kata baru setahun jagung la dalam bab-bab rumahtangga ni. Tapi kalau zaman kita bercinta dlu, 3 tahun ni dah rasa GEMPAK gila la kan boleh tahan sampai 3 tahun dengan orang sama :p

My 3rd anniversary disambut secara sederhana je. No surprise, no present. Actually husband dah bagi duit suruh beli handbag, tapi sebab kena topup sikit so malas la. Hahahaha. Our plan is just watching movie after beberapa bulan tak tengok movie, and having small dinner treated by my husband.









This is our small family. 3 beranak je kami. Another HF coming soon. InshaAllah.

Dugaan kahwin ni? Macam2x sebenarnya. Alhamdulillah kami tak diduga oleh orang ketiga. Kami tidak diduga teruk-teruk sangat la. Tapi mungkin kami diduga oleh ipar yang tak boleh tengok kami senang. Sebenarnya tak kaya pun. Tapi diorang jealous bila kami dipuji, saya belikan apa-apa dekat mertua pun tak pernah sekali bagi depan ipar-ipar. Taknak orang kata kita menunjuk. Tapi at last bila saya dan suami dapat nama, masing-masing kata saya dah dapat award. Abang ipar pulak bila balik tak bercakap macam ada salah besar saya pernah buat. Pelik tapi itulah reality. Kami tak pernah cerita buruk pasal diorang, malah jika ada orang cerita buruk pasal dorg kami mesti akan backup. Tapi disebabkan kesilapan saya "menegur" biras pasal kesalahan besar yang dia buat pada suami saya, saya di maki sesuka hati oleh abang-abang ipar sebab bini masing-masing bawak mulut jahat.

Takpela. Dugaan Allah itu manis sebenarnya. Abang ipar yang dulunya tak boleh tengok adik dia senang, tarik business sampai suami jatuh terduduk, tapi akhirnya Allah nak bagi manisnya selepas 2 tahun kami bersabar. Orang kata sabar itu indah. Sabar itu sebahagian daripada iman. Cik saya pernah cakap "biar orang nak cakap buruk pasal kita, tapi jangan Allah pandang buruk pada kita".

Fakhira penyejuk hati kami. Suami pendengar setia. Kami tiada rahsia. Kami share semua benda. Baik buruk keluarga masing-masing. Baik buruk mak/mak mertua masing2x. He's my bestfriend and Fakhira is my good listener. Semoga Allah memberkati hubungan kami hingga ke Jannah. Ameen


Photobucket

1 comments :

mummy

Keep on writing...sy salah sorng peminat blog awk.. :)

Yup..sabar itu indah..semoga sentiasa diberi kekuatan untuk hadapi cabaran hidup ini..

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP