Monday, June 25, 2012

Sedangkan Allah memaafkan ummatnya.. Inikan kita hamba Allah.. wallahualam..

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Satu hari, sedang saya membelek2x 1 laman social ni, saya terpandang akan 1 video youtube yang pada mulanya saya tak rasa teruja untuk tengok pun. Tapi sebab tajuk dia "Jangan menitiskan air mata kerana video ini" membuatkan saya rasa nak tengok.

Seriously you have to watch it! Saya tak sampai separuh dah teresak2x tengok vid ni. Dah la tengah tengok dkt kedai pulak tu sambil pasang earphone, bukak kuat2x.. memang tak dengar dah ape orang sekeliling membebel.

See this video. I bet you will cry..





Betapa Maha Pemurah nya Allah swt. Dia menciptakan kita, tapi dia tak pernah menghukum ummatnya yang ingin berbuat baik. Yang bertaubat meminta ampun kepadanya.. Walaupun hambanya itu melakukan perbuatan dosa, mengulangi kesalahan berulang kali, Allah sentiasa bersedia menerima taubat dan pengampunan dari hambanya.. Tapi saya sangat sedih dengan manusia sekarang.. Menganggap diri lebih dari tuhan bilamana perkataan maaf hanya dipandang serong.. Permintaan maaf sesama ummat, sesama saudara disalah tafsirkan dan di katakan "buat apa minta maaf kalau nanti akan ulang benda yang sama"

Siapa kita untuk menentukan masa depan kita. Siapa kita untuk menghukum kaum sesama kita. Kita bukan tuhan, kita bukan pencipta kepada diri kita sendiri. Memang betul, tidak boleh samakan diri kita dengan tuhan yakni Allah mahupun nabi yang bersifat maksum.. Tapi siapa kita untuk "susah" memaafkan sesama hamba padahal kita jua hambanya. Andai- kata, ungkapan ampun seorang hamba kepada penciptanya didengar, dan diampuni oleh-Nya.. tapi tidak di ampuni oleh hamba sekutunya.. Siapa yang Maha Besar... wallahualam.. 

Kita sebagai hamba.. bersangka baiklah pada setiap hamba yang lain. Sesungguhnya kita tak akan pernah tau akan ape yang akan terjadi pada kita di kemudian hari. Mungkin kita merasakan diri kita cukup baik drp orang lain. Tapi kita taktau status kita di mata Allah.. Hanya Allah yang dapat melihat apa yang kita tak dapat lihat.. Wahai ummat manusia, ingatlah, janganlah kita ego dengan kemaafan, biarpun mungkin kesilapan... kesalahan ulang kali terjadi.. tapi ketahuilah, bukan mudah untuk seseorang itu berkata "maaf". dan jika dia bersedia untuk berubah, bantu lah ia.. bukan dengan menghukum.. Sesungguhnya, Allah itu amatlah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. wallahualam..



Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP