Tuesday, July 24, 2012

Happy Fasting!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Lama tak update blog. Dah masuk bulan Ramadhan! Alhamdulillah, bulan yang ditunggu-tunggu oleh setiap ummat Islam yang berazam untuk meningkatkan pahala amalan masing2x. Bulan yang penuh dengan keberkatan, dikatakan segala amalan dilipat ganda. Masya Allah. Grab it fast! Sebab ada 30 hari sahaja dalam setahun. Pengalaman saya sepanjang Ramadhan? Let see..

Ramadhan, Day 1
Same like others I assume, ambil cuti a day before which is Friday just to go back home earlier. Buat preparation dengan adik-adik kesayangan saya. I can feel the warmth of the first Ramadhan. Bangun sahur dengan adik kesayangan saya, Hariez, Hazieq, Iqa dan Iezi and my beloved mom. Makan air tangan ibu for the first sahur rasa nikmat dia... Masya Allah. Hanya Allah yang tahu walaupun hanya nasi goreng sahaja. Seronok, having great time dengan family the whole day, beli barang2x hias doorgift, bawak adik2x pergi jalan2x.. Beli barang buat rainbow cake. First menu berbuka puasa was sup ketam (yummy! sedapppp sangat. favourite saya! request suh ibu masak sebab dah lebih 7 tahun tak makan sup ketam ibu).. Sambal ayam.. udang goreng tepung dan sambal belacan. Alhamdulillah. Nikmat sangat 1st Ramadhan

Ramadhan, Day 2
Saya dah balik KL, berbuka dengan tunang saya pula. Makan hasil bakal MIL masak sebab diorg datang KL bukak gerai untuk berbuka puasa makan nasi berlauk. Alhamdulillah, it's been such a wonderful experience. First puasa rasa masakan ibu tersayang, second puasa rasa bakal MIL masak. Alhamdulillah..

Ramadhan, Day 3
Ditemani adik kesayangan saya, Iqqa, tapi she wanted to tapau je sebab rushing to go back to UIA. katanya gate marhallah tutup pukul 9.30. Baru ingat nak ajak pergi makan dekat luar. So we ended up makan lauk kegemaran kedua saya iaitu sup tulang. Ok. Sebenarnya saya ni seorang penggemar sup tegar. Memang gila sangat sup. Tapi tak suka mee/bihun sup. Pelik jugak kan?

Ramadhan, Day 4
Which is today! Nothing much harini. Macam hari2x biasa. Pagi2x bangun masak sahur. Masak simple je sebab sahur je kan. Pagi tadi saya masak sambal telur dengan udang goreng kunyit. Alhamdulillah rezeki saya untuk hari ini. Tapi terpikir berbuka nanti nak makan tunang saya masak la.

Masya Allah. indahnya Ramadhan. Saya tengah menghitung untuk khatam quran bulan puasa. Bila kira2x balik total muka surat ada dalam 600pages. Kalau bahagi dengan 30 hari, sehari kena baca 20 pages. So ada solat 5 waktu, amalkan, tak rasa berat sangat setiap waktu baca 4 pages kan? Boleh la kita sama2x cuba, InsyaAllah. Baca untuk arwah abah, nothing much I can do.

Semoga Ramadhan kali ni merupakan Ramadhan yang paling diberkati, Ramadhan terindah. Kali ini, saya terasa Ramadhan sangat special. Sangat special. Ya Allah, Engkau jadikanlah Ramadhanku kali ini Ramadhan yang terbaik dalam hidupku..

Dikesempatan ini, saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terasa dengan saya, samaada secara sedar mahupun tidak, segala fitnah terhadap saya, segala apa yang orang pernah cakap tentang saya, saya maafkan. Semoga Allah memberikan pengampunan untuk kita semua, Insya Allah.. amin..




Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP