Tuesday, November 13, 2012

Resepi #3 : Udang Goreng Kunyit bersalut telur version saya!

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

HAPPY DIWALI to all my friends..

Hari ini hari berada di rumah the whole time. Lama rasanya tak cuti dirumah sejak lepas kahwin, tak pernah ada satu hari stay and buat kerja rumah so today is the day. Hari ni suami kerja. So saya ada peluang untuk masak lambat sikit. Biasa bangun pagi masak. *eventhough husband cakap tak payah tapi rasa x sedap tinggal rumah takde makanan*

So hari ini, tak tau nak masak ape, saya decide untuk masak dua lauk iaitu lauk daging dan udang. Let me share with you resepi saya untuk udang yang saya namakan udang goreng kunyit bersalut telur version saya.



Bahan-bahan :-
  • Udang *terpulang berapa anda nak guna*
  • 1 ulas bawang besar *potong bulat*
  • 2 ulas bawang putih *hiris halus*
  • 1 biji cili hijau/merah *saya guna merah. nak guna dua2x pun boleh*
  • serbuk kunyit 
  • 1 biji telur
  • 1 ketul kiub pati ayam Knorr
Cara-cara :-
  1. Perapkan udang dengan serbuk kunyit beberapa minit
  2. Panaskan api dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan
  3. Masukkan udang dan goreng beberapa minit
  4. Selepas itu, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili merah. Gaulkan bersama udang 
  5. Kacau telur dan kiub pati ayam Knorr sehingga sebati.
  6. Kemudian tuangkan telur kedalam tumisan udang tadi.
  7. Goreng sehingga kuning.
  8. Angkat untuk dihidangkan.

Senang sangat. tak payah guna garam pun sebab kiub pati ayam knorr tu dah ganti sebagai perasa. Bukan setakat senang, tapi cepat dan mudah. Dalam 5-10 minit pun boleh siap :) Selamat mencuba!




Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP