Tuesday, November 27, 2012

Suzukicup : Malaysia vs Singapore

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Ahad, November, 25th -  Berlansung perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil. Dari awal minggu lagi hubby duk tanya nak ikut tak dia pergi tengok Suzukicup. Pernah sekali je kami pergi tengok bola sama2x. Time Arsenal vs Malaysia dulu. Oh ye. Suami saya ni memang minat football. Dulu pon die footballer. Dari sekolah lagi. Saya pulak bukan jenis tak minat bola. Minat. Dulu ikut arwah abah pergi tengok bola di stadium. Bila arwah abah takde, jadi lost terus. Dah tak syok tengok bola sorang2x. Mana la nak jumpa orang yang minat bola tempatan ni. Paling2x pun semua berlagak nak minat Europe je. Nak minat Manchester United je. Barcelona je. Bila cakap pasal Harimau Malaya, "oh, tak layan la bola tempatan." Hampeh!

Saya pula jenis layan bola tempatan, ye la, memang ikut arwah abah. Abah pulak memang layan bola tempatan. Bola internasionale ni saya tak pernah tengok pulak die tengok kecuali worldcup. So cerita dia saya ni terikut la arwah abah. Bila arwah abah meninggal, saya pon dah takde geng nak tengok bola, lantasnya saya langsung tak ikut 1 pon perkembangan bola. Lama saya tak tengok bola. Kecuali worldcup sebab ada geng. Dalam 8 tahun saya tak layan bola tempatan. So skng saya boleh kategorikan diri saya seorang yang "tak minat bola" dah. Sebab dah lama tinggal.

Hubby ajak pon semata2x nak teman dia. Nak layankan hobby n minat dia. Kami pergi dalam 11 orang. Me and my beloved husband, sister, his friends, and anak saudara my hubby. Anak saudara saya juga :)

Me with beloved sister, Iqqa and anak buah, Mikha :)

 Kami! :p

*Thank you to Cikgu Bakaq (if you read this) for these jersey as wedding gift. We appreciate it much! Kami akan pakai setiap match Malaysia. Gila ah. Besar tu appreciation tu. Mesti kembang hidung Cikgu Bakaq. Pheewww*


Back to the story.. tiket RM30 je tapi bila masuk, semua penyokong Malaysia berdiri selama 90 minit permainan! Menyampah! Yes, salah saya la sebab tak sokong n berdiri macam diorang. Tapi sebab saya dah kurang minat, bukan kurang semangat patriortik tapi saya bayar RM30 untuk tengok dengan selesa. Orang belakang semua duduk, orang depan semua berdiri, tersepit la saya ditengah2x. 

Apa2x pon, perasaan kecewa tu ada sebab Malaysia kalah, 3-0 pulak tu. Balik awal la kami sebab kami takut train penuh. Tapi ada rasa puas juga dapat tengok dekat stadium sebab selama 90 minit permainan which saya tengok sampai minit ke 70+ je, masa tu pun Malaysia dah kena 3-0, peminat Harimau Malaya ni macam ada semangat lain macam sikit. Diorang keep on singing untuk bagi semangat dekat Pasukan Harimau Malaya. Memang tabik spring la. Meremang bulu roma bila diorang nyanyi, "Bangggguuuuuunnnnnn seeemmmuuuuaaaaaaaa peeennooooonnnnntttttooooonnnnn" 

Hahahaha. Bagus penyokong Malaysia. Taksub. Well done. Hope kalau kena kita dalam darurat untuk berperang satu hari nanti, semoga semangat tu tetap terus utuh sampai bila2x. Ameen. 

Our first experience as husband and wife. :)

p/s : Seronok hubungan halal ni sebab boleh peluk suka hati. Tapppppiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, jangan la peluk berlebih-lebihan pula :)

Next hubby ajak tengok Malaysia vs Laos pula hari Rabu, layankan je :))




Photobucket

4 comments :

Anonymous

u tak kawin pun boleh je pelok2 :-P

Noor Hazirah

Boleh. Sesiapa pon boleh peluk tp rasa dia lain la bila haram dengan halal. Wallahualam. Heheeheh

oshinz

true. bila dah kawen, rasa macam lega je nak peluk ke nak pegang tangan depan khalayak. rasa lain kot. lebih happy. hehe. tapi pegang2 tu bukan la nak menunjuk ke ape kan..

Noor Hazirah

Yup. Bukan nk menunjuk pon. Tp betul. Taktaulaaaa.. Mungkin inshaAllah.. :)

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP