Monday, May 6, 2013

PRU13.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

5th May 2013 berlansung Pilihan Raya Umum ke-13. Semua duk kecoh, semua duk mengutuk masing-masing. Ada yang dari kawan jadi lawan, berjiran pun boleh gaduh tak bertegur sapa. Penangan PRU13 punya pasal. Entah kenapa perkara macam ni boleh terjadi. Ada juga suami isteri bergaduh. Orang "atasan" tepuk tangan je sebab kita orang "bawahan" ni gaduh protect diorang.

To be honest, me and my husband we both have different perception. Kami berdua sokong parti yang berlainan. Honestly saya secara jujurnya memang mengakui diri saya lebih kepada pihak pembangkang. Tau je la kalau saya cakap saya dengan husband saya mempunyai pendirian yang berbeza kan. Tapi saya takde terlalu taksub untuk "bergaduh" dengan orang. Lepak bantai orang macam2x. Cukup sekadar saya berkongsi pendapat apa yang saya tahu. Saya hanya inginkn perubahan. Mana yang boleh menguntungkan saya, menguntungkan keturunan saya inshaAllah, bukan sahaja dari segi kewangan, malah dari segi batiniah, rohaniah, saya akan pilih pemimpin tersebut.

Kalau saya bercakap pasal politik kang nanti macam2x pulak orang condemn saya. Itu hanya pendapat saya, yang mana saya grab pengetahuan dari media massa, dan juga dari ahli keluarga saya sendiri (yang juga bekas YDP, orang kuat BN until now pun). Macam mana korupsi berlaku di kalangan pemimpin2x kita. Bila orang cakap pasal DSAI main bontot la ape la, saya pelik sungguh. Sungguh pelik. Semua nak pertikai hal peribadi dia. Politik itu kotor. Itu sahaja ayat yang saya mampu keluarkan. Macam2x benda boleh terjadi. Dengan apa yang pernah berlaku pada ibu saya sendiri bilamana orang BN buat "macam-macam onar", saya rasakan politik itu sangat kotor!

Saya tak cakap saya tak percaya rumors itu tp kita hanya manusia biasa yang pada dasarnya bukan kita yang menghukum seseorang hamba. Kalau kata taknak ambil pemimpin main "bontot" macam mana yang orang lain duk gembar gembur sangat, tapi kenapa kita boleh pilih pemimpin yang berzina sana sini, mengamalkan rasuah, ambil duit rakyat, jenayah berleluasa, kelab malam bermaharajalela. Saya tidak cakap kalau pembangkang ambil alih semua benda ini tidak terjadi. Tapi jangan terlalu taksub. Saya pun tidak cakap saya menyokong DSAI. Pemimpin yang paling saya sanjung pun hanya Nik Aziz Nik Mat shaja. Tapi jgan judge orang macam kita sahaja yang tahu pasal agama Islam walhal kita sendiri pun sembahyang tunggang langgang.

Benda yang paling saya regret sekali berlaku dalam PRU13 bila mana ada kawasan tiba2x blackout. Rasa macam tak logic pun ada. Takkan responsible party tak aware of the so called biggest event yang menentukan pemerintah Malaysia! Pelik betul. Tapi as I said earlier, politik itu kotor. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Kalau kalah di dunia pun kebenaran akan terbukti disana. InshaALLAH.

Tapi apa2x pun saya berharap agar Malaysia akan lebih "bagus" dengan kepimpinan yang sama ini. Jangan mengulangi perkara yang sama. Kalau tak, 5 tahun akan datang, inshaAllah akan bertukar ke tangan orang lain la jawabnya. Semoga anak saya nanti dpat banyak advantage dari kerajaan baru hasil dari PRU13 kali ni. Tu sahaja harapan seorang bakal ibu pada generasinya akan datang. Wallahualam. (naluri keibuan makin membuak pulak)



Photobucket

5 comments :

ct cucubi

saya setuju dgn pndpt awak..
dan sy pon x sama ideologi dgn tunang .. susah skit nak berhujah, confirm kne bidas.. diam2 sudah. :P

Gieya Empire

benci. hahahaha ;p

Anonymous

tp kn pru13 kita blh tgok org chinese bersatu.. dap tmbh set d dewan negara.. apa kata umno dan pas bergabung.. takut cina2 ni nanti. i penyokong tegar pas.. hidup nik aziz .hihi.. biasalh gie smua parti cam tu.. bila berkuasa kita dpt apa? mrkjgk yg kaya.. i ada teserempak nurul izah ank DSAI d midvalley... dia sombong dan berlagak lah.. sejak tu i dh tak suka dia.. benciiii..

Gieya Empire

aa. tu la. saya pn sebenarnya penyokong tegar pas. tp rsnye takde la taksub sgt. dekat2 pilihan raya je saya br nk tgk video2 kempen. takde mengikuti mana2 kempen. takde saje2 nk provoke. tp saya inginkan perubahan. :)

Anonymous

Hi,

saya sedeh bile nampak kawan saya percaya ada blackout di bentong.. mati mati dia cuba bagitau ada blackout..

walaupun dia tidak ada disana... ada org siap tanya TNB lagi and print screen konon ada blackout masa PRU13..

mereka ditipu bulat bulat serta menzalimi diri..

yang mereka pertahankan itu (DAP) pun kata tiada blackout... JADI MANA mereka dpt berita palsu ni? sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhnya akuuuuuuuuuuuuuuuuu

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/5/8/nation/13080247&sec=nation

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP