Thursday, October 24, 2013

Babysitter (BS) vs Nursery

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه,

Semalam kami bercadang untuk pergi melawat our BS. Kami memang decide nak anta BS instead of nursery. Nursery too much complaint la. Tambah2x kes pasal anak kecik tersedak susu. Ya Allah mintak simpang la semuanya.

Isu pasal babysitter. Macam mommies lain juga saya rasa. Saya tak tau la samada saya ni over cerewet atau semua ibu-ibu pun akan ada feeling macam tu. BS so far macam baik. Cuma dia ni warga Indonesia yang dah lama menetap di Malaysia. Camane kitorg boleh jumpa? Actually dia ni jaga anak kawan kitorg currently berusia 5 tahun. And based on review BS ni okay. BS saya menjaga 4 orang anak termasuklah Fakhira. Fakhira sorang je baby, lagi 3 orang berusia 1 tahun, 3 tahun dan 5 tahun.

Apa yang menjadi kebimbangan saya ialah environment kt sana. Being honest saya tak berapa suka environment macam flat2x yang messy. Ada flat yang bersih. Bukan saya condemn flat. Saya sendiri penah duduk flat. Tapi.. ntahla.. Keadaan rumah yang sempit dengan penuh dengan ramai orang. 1 rumah dah 7 orang total. Macam mana la anak saya nanti. Yes. Saya tahu, BS saya baik. Bak kata orang. Tapi concern saya pada environment yang bakal Fakhira lalui selepas ni.

Bila kat rumah sendiri, anak tidur tenang, takde suasana bising. Kalau bising pun suara ibu ayah je. Kalau dengan orang lain mesti bising kan? Mesti anak kena tidur buai kan sebab rumah BS ada buai plus sempit. Orang kt BS kebanyakan akan letak anak kecik dalam buai. Saya tak pernah ajar anak tidur buai. Sob2x. Sedih rasa sebab tak dapat jaga anak sendiri. 

Sorry sayang ibu, Fakhira. Ibu kerja. If you know how I feel, susahnya ibu nak lepas anak ibu dengan BS. But I have to. Ibu terpaksa sayang. Ni belum lagi hantar dekat BS. Cik mama dengan opah dia asyik duk suruh tinggal kat kampung. Tapi kalau tinggal dekat kampung lagi BIG NO. Kebanyakan kawan-kawan dan officemate yang mana tinggal anak dekat mak mesti nanti anak tak rapat dengan ibu dan ayah dia. Taknak la macam tu. Penat2x melahirkan. Ye, saya tahu, tu nenek diorang jugak. Tapi lain rasanya sebab saya sendiri pernah melalui zaman itu. Ibu tinggalkan saya dekat Cik (my grandma) so end up saya lagi rapat dengan cik dari ibu. So, I don't want my daughter to follow my footstep. Takpe. Susah senang biar ayah ibu lalui bersama sayang, Fakhira.

Semoga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin..



Photobucket

0 comments :

  © Blogger template 'Minimalist F' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP